Pelakon Mira Filzah bakal mengacarakan program majalah wanita popular di TV3, Nona untuk musim 2018.

Majlis pengumumannya dibuat hari ini di Sri Pentas TV3, Bandar Utama. Mira menggantikan Uyaina Arshad.

Antara nama yang pernah mengacarakan Nona termasuk Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Neelofa, Fara Fauzana, Fouziah Gous, Vanidah Imran, Puan Seri Normala Samsuddin dan ramai lagi.