Nafas anda berbau? Apa punca nafas berbau?
Lazimnya ia terjadi akibat dari tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut. Halitosis biasanya berlaku pada saat bangun tidur kerana pada waktu itu pH air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria.
Bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak atau busuk.
Perkara yang boleh mengakibatkan nafas atau mulut berbau ialah melalui rokok, pengambilan makanan dan minuman yang berbau atau kandungan gula yang tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol.