Lagu Sumayyah diberi nafaz baharu kali kedua oleh Hijjaz. Kali ini lebih bermakna dengan nyanyian duet bersama Tomok.

Mengapa Tomok? Munif menjelaskan pemilihan Tomok kerana kesesuaian untuk nyanyikan lagu itu.

Hijjaz dan Tomok

“Sumayyah lagu lama, orang dah tahu lagu itu, nak nyanyi balik kena pilih yang sesuai, dan Tomok sesuai dengan suara kami tambahan pulak nama Tomok masih relevan dan popular.

“Dia masih popular, kalau rakam balik secara solo, apa yang istimewanya? Kami dah dua kali rakam lagu ini,” kata penyanyi utamanya Munif.

Inilah bakal model klip video Sumayyah.

Lebih istimewa setelah rakaman pada tahun 2002, inilah kali pertama lagu itu akan dibuat klip video. Ia tajaan Sisfel pengeluar produk kecantitan Fellina.

Model kklip videonya dicari selama tiga bulan dalam Mencari Sumayyah. Kemuncaknya diadakan pada hari sidang media lagu Sumayyah di Restoren DSaji, Titiwangsa Kuala Lumpur baru baru ini.