Kalau kita skodeng laman sosial seseorang yang memiliki susuk tubuh yang cantik, kebanyakannya suka belanja (showing off) kecantikan badan mereka. Mangapa agaknya abang sado suka tunjuk badan?

Mungkin mereka sangat menyukai susuk tubuh mereka dan sebab itulah ia menjadi paparan dalam laman sosial mereka, khususnya Instagram yang menjadi medan paparan imej pengguna.

Peluang mempromosikan produk.

Ada juga yang mendapat keuntungan daripadanya. Misalnya pemilik tubuh cantik pastinya memiliki  pengikut yang ramai. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pakej lengkap disertakan personaliti menarik dan berwajah tampan. Makin bertambahlah pengikut.

Ada pengguna Instagram yang menjadi tular kerana penampilan mereka yang menarik. Mereka tidak sia-siakannya sebaliknya menggunakan kesempatan itu untuk menjana keuntungan dengan membuat review produk.

Tonjolkan susuk badan cantik.

Bilangan pengikut itu memberi kelebihan kepada mereka untuk menjana pendapatan dengan mempromosikan pelbagai produk. Mereka dipilih untuk membuat review produk yang bersesuaian dengan penampilan mereka di laman sosial.

Posting mereka mendapat bayaran bila memperkatakan pasal sesuatu produk. Mungkin ada produk kecantikan kulit yang mereka perkatakan. Ia sesuai dengan foto mereka yang tidak memakai baju dan menampakkan kulit yang bersih.

Semestinya produk berkaitan pembinaan otot badan selalu menggunakan selebriti laman sosial ini untuk membuat review produk jenama mereka.

Coach Yin juga promosi produk

Banyak sebab yang digariskan oleh pakar psikologi perihal orang yang suka menunjuk nunjuk kelebihan diri. Salah satu alasan ialah rasa tidak selamat (insecurity). Maksudnya seseorang show off apabila mereka berasakan orang lain seakan-akan tidak mempedulikan mereka. Mereka cuba membuktikan bahawa mereka juga orang yang penting.

Contohnya, seorang  master seni mempertahankan diri tidak perlu bertarung untuk menunjukkan dirinya hebat sebab semua sedia maklum, sebaliknya budak-budak baru nak naik yang harus menunjukkannya.

Selfie
Pasti bangga memiliki susuk menarik.

Pengalaman zaman kanak-kanak juga boleh membawa kepada kecenderungan menunjuk nunjukkan apa yang ada pada diri mereka. Semasa kanak-kanak kita selalu menunjukkan apa yang kita boleh buat kepada bapa misalnya untuk mendapat perhatian.

Ada sesetengah kes ia terbawa-bawa apabila dewasa, lebih-lebih lagi di kalangan anak bongsu atau anak tunggal.

Faktor terimalah aku (accept me) juga turut digariskan. Orang yang menunjukkan diri ini biasnaya tidak menunjukkan kepada semua orang sebaliknya di hadapan orang yang dia mahu tunjuk.

Ramai pengikut Instagram.

Orang yang macam mana biasanya suka shows off? Biasanya mereka suka menunjukkan apa yang mereka suka pada diri mereka. Sekiranya dia berasakan dirinya bijak, dia sedaya upaya mahu menampilkan kebijakan diri.

Faez Nick dengan promosi produk khusus untuk pembinaan otot-otot badan.

Bagi yang menyukai susuk badan mereka, semestinyalah mereka mahu menonjolkan kecantikan badan mereka itu. Iyalah… merekakan sudah menghabiskan masa dan wang untuk mendapatkan susuk tubuh yang cantik, semestinya mereka menyukainya.

Kesimpulannya, kalau kamu seorang yang menakjubkan dan kamu percaya yang kamu menakjubkan serta kalau kamu percaya orang lain berasakan sedemikian, tiada sebab untuk kamu membuktikannya. Tak perlulah show off.

Dr. Shazril juga tirut promosi produk.
Ada juga posting hot.
Latar belakang alam semulajadi.

Kita akan show off  bila kita fikir orang lain menilai kita secara negatif atau kita memang seseorang yang mahukan perhatian.

Show off hanyalah dalam fikiran kita untuk mempertingkatkan imej diri kita dan kita akan cuba memperbaiki imej apabila kita fikir ada masalah berkaitan hal itu.

Antara posing daring abam sado di Instagramnya.

Apapun alasan abam sado menunjukkan susuk tubuh di laman sosial, pasti mereka ada alasan yang tersendiri.

Kebanyakannya mendapat peluang membuat review produk yang memberikan mereka pendapatan tambahan daripada situ. Kalau macam itu baiklah untuk mereka.