Ada wanita berbadan gempal yang pernah berasa rendah diri bila masuk dalam khalayak tertentu. Apatah  lagi ada yang skeptikal dengan mereka.

Sebab itulah Plus Size Resources (PSQ) ditubuhkan. Mereka fokus mengumpul lebih ramai wanita bertubuh conel di bawah satu payung yang mampu menjadi wakil buat mereka.

big-3
Pengasas PSQ, Amira Kay (kiri)

Daripada situ muncullah ilham mengadakan satu  pertandingan yang dinamakan Plus Size Ambassador Search Malaysia 2016 yang sedang rancak diadakan.

Pemenang pertandingan itu akan menjadi duta kepada aktiviti Plus Size.

big-2Pengasas PSQ, Datin Amira Kay berkata, mereka komited untuk membantu wanita bertubuh comel menjalani realiti hidup tanpa rasa rendah diri dan menempuhi prejudis khalayak.

Peringkat separuh akhir akan diadakan hujung bulan ini manakala pertandingn akhir sekitar pertengahan Disember ini.big-4

Seramai 25 peserta terpilih dan masing-masing akan menunjukkan bakat selain memperaga dalam pertandingan tersebut nanti.

Malah PSQ juga merangka Minggu Fesyen Malaysia yang khusus menampilkan busana wanita bersaiz besar suatu hari nanti.big-5