Melancong ke negara orang memang menyeronokkan. Kaki melancong akan rasa tak senang duduk kalau tak dapat melancong. Ibarat terapi mindalah setelah penat bekerja.

Kalau ke luar negara pastilah ada kos yang kadang-kadang banyak dan ada masanya boleh berjimat. Tapi jangan sampai tertipu pula. Mari saya kongsi pengalaman melancong ke Kashmir, India dengan kos yang agak rendah.

Pemandangan Sonamarg semasa salji mula mencair sekitar April.
Pemandangan Sonamarg semasa salji mula mencair sekitar April.

Saya sudah tiga kali ke Kashmir. Kali pertama bersama rombongan menggunakan perkhidmatan travel agensi dari Malaysia. Jatuh cinta dengan keindahan Kashmir saya teruja ke sana lagi selang beberapa tahun.

Taman Bunga Mughal Garden di Srinagar, Kashmir.
Taman Bunga Mughal Garden di Srinagar, Kashmir.

Memandangkan kunjungan kali pertama itu saya sudah ada kenalan di sana, untuk melawat kali kedua saya dan seorang kawan tidak lagi menggunakan perkhidmatan travel agensi. Segala urusan untuk ke sana dilakukan sendiri.

Urusan memohon visa dan menempah penerbangan dibuat sendiri. Malah tempahan hotel di Kashmir dan Delhi juga hanya tempahan online sahaja. Memandangkan kami berdua sahaja, kami tak cari hotel mewah. Cukuplah sekadar yang selesa sahaja. Hotel di India boleh dikatakan agak murah harganya dan cukup selesa kalau setakat sebilik berdua.

Di pinggir Dale Lake, Kashmir.
Di pinggir Dale Lake, Kashmir.

Bila di sana saya menggunkan khidmat kenalan untuk memudahkan urusan. Itulah untungnya kalau kita mudah mendapat kawan di mana sahaja kita singgah. Tepi kena berhati-hatilah… manalah tahu dapat kenalan yang hanya mahu ambil kesempatan dan menipu.

Kedai sepatu di Pahalganj, Delhi.
Kedai sepatu di Paharganj, Delhi.

Semasa kali kedua ke Kashmir, saya berkenalan pula dengan satu agensi pelancongan di Delhi.

Bila berkenalan tu saya cuba risik-risik harga pakej ground yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Ternyata harga yang ditawarkan sangat menarik. Pada kunjungan ketiga, saya bersama seorang kawan lain pula. Hajat awalnya mahu menggunakan perkhidmatan ground agen tersebut, tapi memandangkan kami hanya berdua, urukan sendiri lebih ekonomik.

Rumah dalam Dake Lake
Rumah dalam Dake Lake
Rakan tempatan Kashmir, Faisal (kiri) dan Abbas yang mudah membantu.
Rakan tempatan Kashmir, Faisal (kiri) dan Abbas yang mudah membantu.

Tapi hubungan tetap diteruskan. Ground pakej untuk group kecil, sedarhana dan besar sangat rendah dan berbaloi. Insya-Allah kunjungan kali keempat nanti saya akan menggunakan perkhidmatannya kerana saya akan bersama rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih ramai.

Saya boleh berjimat sehingga RM2,000 berbanding pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan.

Tips jimat melancong

 

*Tempah tiket pada harga promosi lebih awal.

* Tanya pengalaman kawan-kawan yang sudah biasa dan kerap ke sesebuah destinasi. Mungkin kawan anda boleh perkenalkan kepada kenalannya di sana.

*Cuba dapatkan perkhhidmatan ground di destinasi. Pastikan agensi yang boleh dipercayai dan dapat rekomendasi kawan agar tidak tertipu.

Taj Mahal yang menawan di Agra.
Taj Mahal yang menawan di Agra.

Untuk pelancongan ke Kashmir, kita kena bermula di Delhi. Memandangkan Delhi dan Taj Mahal yang terletak di Agra tidaklah jauh sangat (sekitar tiga jam jalan darat sahaja), bolehlah luangkan masa ke sana.

Tak perlu bermalam pun, boleh dapatkan pakej balik hari sahaja. Hanya Taj Mahal sahaja yang indah. Persekitarannya tak ada apa yang nak dinikmati pun.

Sebelum pulang tu bolehlah luangkan masa shopping di Delhi. Sarojini Nagar Market misalnya untuk memborong kain sari yang cantik dan murah.

Langit membiru di Dale Lake.
Langit membiru di Dale Lake.