Tahniah kepada pasangan pelakon Fizo Omar dan isterinya Mawar yang kini sah hamil dua bulan. Fizo memuatnaik berita gembira itu dalam laman sosialnya.

Dalam mesejnya, Fizo berkata, dia bukan mahu berahsia sebaliknya mahu mendapat kepastian daripada pakar sebelum menghebahkan kepada peminat.

Melalui video yang dimuatnaiknya semasa mengunjungi Pakar Sakit Puan, Prof. Datuk Dr. Hamid Arshad semalam, Fizo menganggap ia sebagai rezeki Ramadan. Apatah lagi mereka menanti seama empat tahun untuk mendapat khabar gembira itu.

“Alhamdulillah… rezeki Ramadan. Setelah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga dan sabar menanti rezeki zuriat dari Allah SWT, secara rasminya disahkan oleh Prof Datuk Dr. Hamid Arshad yang kini kandungan Mawar baru sahaja berusia ┬ádua bulan (Mei 2017). Semoga berita baik di bulan baik ini diiringi oleh doa kalian semua dan dimakbul oleh Nya. Ameen,” tulis Fizo semalam.

Posting dalam laman Facebook itu mendapat respons baik peminat yang mendoakan dan mengucapkan tahniah. Rakan artis antaranya Sharnaaz Ahmad juga sama berkongsi berita itu dengan membuat perkongsian.