Penyanyi lagu Mawar Terbiar, Masya Mashitah ada impian besar untuk mencipta nama di negara China kerana melihat pasaran besar di negara Tembok Besar itu. Apatah lagi dia fasih berbahasa Mandarin kerana belajar sekolah aliran Cina.

Bukan mahu memperkecilkan pasaran Malaysia, sebaliknya hasrat itu telah lama diidamnya. Dia mahu mencabar diri sendiri untuk mencipta nama di luar negara. Dia pernah jadi naib juara di pertandingan Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong 2016.