Penyanyi dan pegawai perhubungan awam veteran syarikat muzik, Mas Omar dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana sesak nafas dan serangan stroke ringan.

“Maaf,. saya mohon jasa baik semua mendoakan kebaikan untuk ayah saya Mohammad Bin Omar (Mas Omar). Dukacita memaklumkan sekarang Ayah berada di berada di HKL… sesak nafas dan kena minor stroke,” tulis anaknya Mas Yeos dalam Facebooknya sebentar tadi.