Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh sebelum ini kurang gemar berhias dengan emas. Dia lebih meminati perhiasan ringkas sahaja. Kni dia mula belajar menilai kecantikan perhiasan emas tulen.

Mungkin sebab sekarang sudah berstatus isteri ditambah lagi menantu kepada anak mami yang terkenal dengan kegemaran bersalut emas. Marsha mengakui, daripada seorang yang tidak  mengenali dan menyukai barangan kemas, dia kini sudah jatuh cinta.

Sesuailah dengan perlantikannya sebagai duta barang kemas asli jenama De Lunaria yang menjalankan peniagaan secara berlainan, iaitu melalui online tanpa ada kedai fizikal.

“Dulu memang saya tidak minat dengan  emas. Sekarang ini apabila dilantik sebagai duta De Lunaria baharulah saya baharu tahu apa itu  emas 916.

“Pelantikan saya sebagai Duta De  Lunaria merupakan satu penghargaan bagi diri
saya dan tidak kisahlah untuk tempoh tiga  bulan sahaja sebagai duta. Saya juga melihat ini sebagai serampang dua mata apabila mengetahui pihak De Lunaria merancang mengadakan road show.

“Sabah adalah salah satu destinasi dan kebetulan saya dalam proses menghasilkan lagu tradisional Sabah bersama Velvet tidak lama lagi, bolehlah ia berjalan serentak,” kata Marsha.

Wakil  jurucakap De Lunaria, Syed Hashim Syed Ali Al-Habsshee berkata,  pelantikan Marsha sebagai duta bagi De Lunaria  dibuat oleh pihak pengurusan selepas mengambil
kira banyak faktor termasuk imejnya.

“Kita yakin pengambilan Marsha yang mempunyai  kekuatan sebagai artis dari Sabah, dapat
meningkatkan lagi jualan koleksi barang kemas  De Lunaria khususnya untuk golongan
berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Pihak  pengurusan De Lunaria mempunyai perancangan  jangka panjang dengan Marsha dan tempoh tiga bulan itu ibarat pengenalan dan melihat keserasian. Sekiranya tiada masalah, pihak De Lunaria akan meneruskan kontrak.

“Dalam perancangan kami, ada dirangka  sesi jelajah Sabah, Sarawak dan negeri-negeri
tertentu untuk memperkenalkan lagi De Lunaria secara menyeluruh,”  katanya lagi.

Sepanjang tiga bulan pertama ini wajah Marsha akan digunakan di platform media sosial, dalam talian dan secara off line. Marsha sendiri akan memuat naik posting berupa promosi De Lunaria dalam laman sosialnya.

Syed Hashim juga memberi jaminan  agar orang ramai  tidak perlu khuatir untuk membeli barangan  kemas secara dalam talian kerana De Lunaria  sudah mengambil kira risiko penghantaran.

“Sepanjang tiga tahun De Lunaria membuka  perniagaan dalam talian, tidak pernah berlaku
pakej penghantaran hilang dan insya-Allah,” tambahnya lagi.

Secara kompetitif, harga barang kemas De Lunaria agak rendah berbanding di kedai emas kerana mereka jimat daripada segi kos operasi. Ia segali gus memberi keuntungan kepada pembeli.