Semua tahu Mamat kena cekup lagi. Apa jadi dengan konserya hujung bulan ini?

“Merujuk pada perkembangan terbaharu mengenai Mamat Exists, sebetulnya, kami di Shiraz Projects dan seluruh anggota Exists Reunion amat terkejut dengan
berita penangkapan itu.

” Ketika ini, apa yang dapat saya katakan ialah, pihak kami masih menunggu perkembangan mutakhir berhubung dengan kejadian itu.

“Secara peribadi, berita ini amat menyedihkan dan mengejutkan kerana tiada siapa dalam team produksi mahu keadaan seperti ini terjadi. Lebih-lebih lagi menjelang konsert Reunion Exists yang akan berlangsung pada 28 September ini di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.

“Ketika ini, pihak kami menerima banyak mesej dan panggilan bertanyakan statu konsert yang sudah dirancang itu. Paling banyak yang bertanya adalah peminat – peminat Exists Reunion yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan.
“Kami memahami sentimen yang sedang bermain di fikiran peminat-peminat Exists Reunion.
Sebagai menjawab tanda tanya itu, apa yang boleh saya katakan ialah, terlalu awal untuk kita semua membuat keputusan.

“Namun begitu, sehingga ke saat ini, konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan kami serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut ketetapannya,” kata pihak Shiraz Projects salam satu kenyataan hari ini.


Bahkan, pihak itu akan bertemu dan mengadakan perbincangan dengan anggota Exists yang lain bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap kes yang melanda Mamat.
“Sememangnya kami di Exists Reunion mahukan segala yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ini satu ujian awal untuk kami dan berharap para peminat akan terus mendoakan yang terbaik untuk Exists Reunion” – Exist Reunion.
“Dari semasa ke semasa, Shiraz Projects akan berkongsi perkembangan terbaharu mengenai penganjuran Konsert Exists Reunion. Kami amat menghargai kebimbangan, keprihatinan dan kerjasama semua pihak terutamanya Penyokong-penyokong Exists Reunion dan rakan-rakan media,” kata kenyataan itu lagi.