Tempahan potret seorang Jeneral tentera Kurdish Iraq hasil kerja pelukis Jamal Tommy sedang tular di Iraq.

Potret Jeneral Omer Bosali menjadi tular sejak beberapa minggu lalu apabila adiknya Hawar Bosali memuatnaik lukisan potret itu di laman sosialnya.

Ramai tukar profil Facebook.

Hawar yang belajar di Malaysia akui terkejut apabila mendapati potret itu menjadi tular.

Cover telefon.

Ramai yang menukar gambar profil Facebook dengan meletakkan potret tersebut. Tambahan pula Khamis lalu genap 40 hari Jeneral itu mati syahid.

Berita TV

“Potret abang saya dijadikan penghias penutup bateri telefon bimbit dan dijual di kedai eksesori telefon,” kata Hawar.

Jeneral Omer Muhammed Khalid Bosali

Berita pasal potret Jeneral Omer yang tular itu juga mendapat liputan media cetak dan media elektronik.

Jamal menyerahkan potret kepada Hawar

“Saya tak sangka potret tempahan pelanggan saya itu menjadi tular. Semasa Hawar mengambil tempahannya bulan lalu, dia menangis melihat hasilnya.

“Saya pun tak tahu potret tersebut ialah seorang yang berpengaruh dalam masyarakat Kurdish, tapi saya diberitahu yang lelaki yang saya lukis itu sudah meninggal dunia” kata Jamal Tommy semasa ditemui di galeri lukisannya di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Jamal Tommy melukis menggunakan medium cat air dan banyak menerima tempahan potret menggunakan medium itu.