Amboi loratnya sorang PR kepada sebuah kumpulan yang mengadakan persembahan dalam satu majlis anugerah baru baru ini.

Macamlah artis yang dia jaga tu kebabom sangat. Suam suam kuku jer pun. Macam mana nak jadi pegawai perhubungan awam kalau lorat macam tu.

Macam ni kisahnya.  Ada seorang bekas PRO syarikat rakaman yang kini dan berjaya sebagai promoter hubungi dia. Member tu ada mesej pakai WhatApps kepada PRO yang bukan Melayu itu.

Nak bertanya pasal artis yang dia jaga tu. Alih alih balasan marah-marah yang member tu terima. Orang nak bagi show pun kena marah pulak.

“Saya sibuk sekarang artis saya sedang interview dengan press dan mesej WhatApps banyak masuk tanya pasal artis saya…. boleh awak bagi detail bla… bla… bla…,” bunyi jawapannya. Bunyinya pun macam angkuh.

Amboi macamlah besar sangat artis awak tu. PRO baru ni kena belajar dengan orang lama yang masih bertahan kerana hubungan baik dengan semua orang. Janganlah tunjuk lagak sangat.

Gondang Laser: Entahlah….