Majlis pelancaran Lolalove Cosmetics & Fashion di 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur semalam berlangsung meriah.  Selain pelancaran rangkaian produk kecantikan, diadakan juga pencarian Gadis Lolalove dan peragaan fesyen Lolalove Fashion.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengarahnya, Aza Norezrin Azri.  Lolalove Cosmetics mula membina jenama sejak 2016, dengan fokus utamanya dalam penghasilan produk kosmetik, dan kinipada  2018, Lolalove lebih agresif untuk bergerak dalam industri pemasaran dengan meluaskan lagi segmen perniagaannya dalam bidang fesyen.

Aza Norezrin, Pengasas Lolalove

Aza Norezrin mempunyai rahsia, strategi dan skill yang tersendiri dalam membantu peniaga menjana pedapatan secara berkesan. Pengalaman lima tahun dalam bisnes telah didedahkan kepada para stokis di bawah bimbingannya.

Sebagai usahawan yang meningkat naik, Aza Norezrin cuba membuat kelainan pada cara mempromosikan produknya dengan menggunakan dutanya daripada orang awam. Memberi peluang dan ruang kepada wanita di luar sana yang juga mempunyai potensi untuk diangkat sebagai duta produk.

Pencarian Gadis Lolalove ini dimulakan sejak awal tahun lagi dan dibuka kepada wanita berumur antara 18-30 tahun. Mendapat sambutan mengalakkan sehingga 200 penyertaan yang di terima. Sebanyak 12 peserta  ke final.

Salah satu rekaan Lolalove Fashion.
Inilah juara yang akan jadi duta Lolalove.

Produk Lolalove terdiri daripada lipmatte/lipstick, Two way compact powder, foundation, brush make up dan brush cleaner.

Lolalove mempunyai dua  siri lipmatte iaitu Wudhu Friendly dan juga waterproof. Setiap siri lipmatte terdiri daripada lima  jenis warna yang berbeza dan pastinya akan mengoda hati wanita wanita Malaysia. Mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti, minyak jojoba, kolagen, shea butter, argan oil dan vitamin E.

Sempurnalah pelancaran Lolalove Cosmetics.

Si pemakai akan lebih selesa dan tidak mengeringkan bibir, bahan terkandung boleh merawat bibir yang kusam, dan yang paling penting tiada bahan kimia.

Lolalove two way compact powder mempunyai satu tone sahaja tetap sesuai untuk semua jenis kulit. Tekstur bedaknya  sangat ringan dan mudah digunakan, tidak melekit, tidak bercapuk dan tahan lama. Ia boleh digunakan sebagai compact powder atau sebagai bedak asas.

Ia membuatkan si pemakai terasa lebih yakin dan flawless. Lolalove two way compact powder ini juga mengandungi SPF 30 untuk melindungi wajah daripada cahaya matahari.

Barisan pemenang.

Foundation Lolalove mempunyai tiga  tones foundation iaitu LL10 bagi si kulit Cerah, LL30 sesuai untuk pemilik kulit sawa matang dan LL50 untuk kulit Gelap. Ia mengandungi honey Bee Venom, argan oil dan vitamin E.

Bahan-bahan tersebut boleh merawat kulit dari dalam, membuatkan makeup tahan lebih lama dan sesuai dengan cuaca Malaysia, memberi kesan glowing pada si pemakai serta mudah disapu dan diratakan pada wajah walaupun si pemakai bukan makeup artist professional.

Brush Pink Dolly & Gold Lolalove cosmetic mempunyai dua  jenis berus solekkan iaitu:- Golden basic brush dan Pinky Dolly brush.

Setiap set terdapat lima jenis berus yang berbeza iaitu berus kontur, berus asas, berus highlighter, berus concealer dan berus bronzer. Berus-berus ini sangat lembut pada muka dan memudahkan solekan si pemakai. Ia datang sekali bersama bekas yang cantik dan sesuai untuk wanita yang selalu travel.