Penyanyi Liza Hanim sudah tak sabar tunggu muzik video lagu terbarunya Mimpi yang siap menjalani penggambaran semalam.

“Cerita semalam … selepas berjalan kaki sejauh 4 km di atas pasir… turun naik bukit pasir di dalam dress, akhirnya shoot mv #mimpilizahanim #mimpi dah wrap! Thank you so much my team for your hardwork. Alhamdulillah urusan kita dipermudahkan semalam oleh Allah SWT. Cuaca pun sangat nyaman. Cant wait for the video…,” tulis Liza dalam laman Facebooknya hari ini.