Siapa lelaki sado yang tiba-tiba muncul di kaki lima Pusat Seni di Jalan Hang Kasturi ni? Siap beramal dengan menayang badan yang mantap tu. Seluar pun dah hampir londeh dah.

Kecoh jugaklah Jalan Hang Kasturi kejap bila tiba-tiba mat salih tak berbaju buat aktiviti amal baru-baru ini. Siapa yang nak bergambar dengannya, kena bayar RM1 dan bayaran itu akan disalurkan kepada gelandangan.

Ada yang sempat bergambar dengannya. Dia siap letak papan tanda pasal bayaran RM1 untuk merakam gambar dan ia akan disalurkan kepada orang yang tak punya kediaman.

Tak tahulah apa tujuan dia buat macam itu. Benar-benar buat amal ataupun dia ada masalah dan mahu dapatkan wang dengan cara mudah.

Tapi tak lama lah aktivitinya itu berlangsung, sebab pengawal keselamatan segera meredakan keadaan dan meminta dia beredar.

Dia tak  membantah dan beredar dari situ apabila didatangi pengawal keselamatan.

Gambar-gambar ini antara yang sempat dirakam oleh pengunjung ke Annexe Pusat Seni berdekatan galeri lukisan.