16 Jun 2017

Zaiton Sameon keluarkan single terbaru lagu raya bersama rakan baiknya Syed Wafa. Lagu diberi judul “Rindu Pelukan Ibu” mendapat sentuhan hebat dari komposer dan pencipta lagu berpengalaman S Atan. Manakala liriknya ditulis oleh Siso/Wafa. Syed Wafa yang cukup dikenali dikalangan artis ini telah membiayai sepenuhnya kos single terbaru ini. Syed Wafa juga banyak membantu Eton dalam mendapatkan undangan nyanyian.

Zaiton Sameon dan Syed Wafa

Ini percubaan berani dari Syed Wafa, apakah lagu ini bisa menggamit telinga anda untuk mendengarnya berulang kali?…..dan adakah lagu ini mampu menghiasi ruang udara apabila tibanya hari raya? Dengarkan sendiri ya duet dari Eton dan Wafa ni..

Pertemuan singkat di Saloma Bistro, Syed Wafa tak lupa memberi sumbangan kepada artis veteran sempena dibulan mulia ini. Kelihatan artis Uji Rashid dan Cico, pelakon Mak Jah, seniwati Sofia Ibrahim dan juga Zaiton Sameon diantara artis yang menerima sumbangan dari Wafa.

Sebahagian dari artis yang menerima sumbangan dari Wafa

Gondang mengucapkan selamat maju jaya buat Wafa dan semoga bertambah-tambahlah rezeki Wafa ya.