Setelah sekian lama berdiam diri, penyanyi Ayai Ilusi akhirnya bersuara pasal lagu ciptaannya yang diciplak oleh penyanyi baharu, Syamel dengan lagu  Hidup Dalam Mati. Lagu asalnya berjudul Ku Kejar Bayanganmu untuk finalis Kilauan Emas 3, Idris.

Dia berdiam diri kerana mahu melihat sejauh mana pihak yang mendakwa lagu tersebut ciptaan Syamel bertahan untuk mengaku. Perkara itu terdedah apabila lagu tersebut menghadapi masalah berkaitan hak cipta bila dicalonkan untuk Muzik Muzik dan Anugerah Industri Muzik.