Dua hari ini sensasi penyanyi Aliff Aziz dan isteri, Bella Astillah meletus lagi selepas Bella buka pekong suami di media sosial.

Pekong episod dua ini melibatkan pelakon janda muda Oktovia Manrose yang bersama sama Aliff ke sebuah kelab malam.

Status Bella

Perkongsian pengikut Bella menghantar mesej beserta video sebagai bukti dakwaannya mengatakan Aliff dan Oktovia mabuk semasa di dalam kelab.

Curahan hati Bella mendapat responds hebat malah laman sosial Oktovia yang memuatkan fotonya bersama Aliff menjadi medan kecaman netizen.

Debat Bella-Oktovia

Selepas Bella memuatnaik perkongsiannya, Oktovia membalas dengan meminta disertakan bukti yang menuduh dia mabuk. Malah dia turut menjelaskan tiada hubungan istimewa di antara mereka.

Namun selepas itu Oktovia memohon maaf secara terbuka kesilapannya ke kelab bersama Aliff serta kenyataannya yang menyentuh rumah tangga Aliff dan Bella.

Oktovia pohon maaf

Nampaknya kali ini semakin parah apabila Bella menyatakan dia reda sekiranya rumah tangga berakhir.

Semoga mereka diberi jalan terbaik.