Kasihan penyanyi Nora, bila dah di hujung hujung Gegar Vaganza 3 ni, makin banyak pulak kontroversi. Kontroversi yang tak dijangka itu membuatkan banyak komen negatif dilemparkan kepadanya.

Bermula dengan isu tukar lagu pada konsert dua minggu lalu, dan berturutan pula bila dia diberi tugasan menyanyikan lagu sendiri pulak pada konsert separuh akhir Ahad depan.

Nora jadi mangsa kecaman.
Nora jadi mangsa kecaman.

Astro membuat pengumuman kononnya lagu-lagu minggu ini sebagai pilihan media.

Maka media juga turut terpalit kontroversi bila netizen menyalahkan media dengan memberikan Nora menyanyikan lagu sendiri.

Hangatnya komen negatif terhadap Nora menghilangkan kontroversi Elly Mazlein yang pernah jadi hangat bila buat kenyataan menarik diri daropada GV akibat kecewa dengan komen juri.

gv-zarul
Zarul sentiasa dapat pujian dan disukai peminat.

Banyak komen negatif antaranya Nora dikatakan berlagak diva, Nora anak emas Astro dan macam macam lagi.

Sarah juga tukar lagu.
Sarah juga tukar lagu.

Namun Nora mungkin ada pendirian sendiri menolak lagu Adele yang diberikan kepadanya sebaliknya memilih lagu Sandiwara.

Dia pun tak pernah fikir pemilihan lagu sendiri membuatkan begitu ramai yang menghentam kerana dia ada sebab tersendiri semasa membuat pilihan. Malah ada juga peminat yang mahukan lagu tersebut dipersembahkan.

Bukan Nora sahaja, artis lain juga turut mendapat reaksi negatif, Azharina juga dilihat oleh netizen sebagai calon kesukaan Astro bila asyik diberi tugasan lagu yang baik dan sedap, tak kurang juga kritikan terhadap Sarah dan Zur Eda.

Malah bila Ameng yang lupa lirik tapi kekal bersaing juga menjadi bahan netizen untuk menghentam Ameng dan Asro.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad mengesahkan ada pertukaran lagu dalam kalangan peserta GV atas pelbagai alasan.

“Kami sudah memujuk peserta dengan memberi pelbagai penjelasan serta rasional mengapa sesuatu lagu dipilih. Bagaimanapun, artis berkeras untuk tidak mahu menyanyikan lagu pilihan dengan pelbagai alasan seperti tidak sesuai dengan julat vokal mereka,” jelas Raqim.

Nora agaknya menyedari pasal cakap-cakap tak baik pasal dirinya apabila berkongsi posting yang berbunyi: “Have you felt your life turning upside down at times? No matter how hard you try, nothing works. Let it be. Let the Almighty turn it around.” dalam Facebook peribadinya.

G-Mie semakin hari semakin menonjol.
G-Mie semakin hari semakin menonjol.

Pada pandangan Gondang Online, kontroversi sedemikian tidak membantu peserta kerana tiada undian peminat sebaliknya pemarkahan 100 % daripada juri profesional.

Ameng juga pernah dihentam bila lupa lirik.
Ameng juga pernah dihentam bila lupa lirik.

Apalah gunanya kontroversi negatif yang mengundang kebencian peminat. Program yang memberi manfaat besar ini juga sebenarnya boleh juga memberikan impak negatif yang tak kurang besarnya kalau dilalui dengan cara yang tak kena.

Selepas ini kalian mahu kembali aktif, bagaimana peminat nak menyokong kalau kebencian mula berputik daripada program GV ini?

Sepatutnya tampilkanlah sifat menyenangkan agar kehadiran kalian dapat merebut hati peminat generasi muda yang tidak sama dengan kelumpuk peminat kalian terdahulu.

Malah ketua juri, Datuk Ramli MS juga terlibat secara langsung dalam menyusun muzik untuk semua peserta. Beliau dapat menilai seseorang penyanyi pada saat awal sehinggalah semasa masing-masing membuat persembahan.

Semestinya  beliau ada pandangan peribadi dalam hal berkaitan sikap dan perangai setiap peserta yang payah memberikan kerjasama dan sentiasa ingin belajar dan mahu mencabar diri memberikan persembahan terbaik.

Tunggu dan lihatlah konsert final nanti, siapa yang menjadi pilihan juri untuk bergelar juara dan bagaimana mereka akan berdepan dengan peminat selepas program tamat.