Konsert 35 Tahun Search yang dijadualkan berlangsung pada 9 April ini di Stadium Merdeka Kuala Lumpur ditangguhkan ke 30 Ogos depan.

Penangguhan itu untuk mengelak ketidakselesaan penonton ekoran persekitaran stadium tersebut yang dilihat tidak menjamin keselamatan kerana pembangunan yang sedang dijalankan di sekelilingnya.

“Lagipun tarikh itu sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia,” kata penyanyi utamanya, Amy dalam temubual bersama stesen radio KoolFM pagi ini.