Tiga penyanyi bersuara tinggi, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan Typewriter akan berkongsi pentas Istana Budaya, Kuala Lumpur dalam Konsert High Note 2016 pada 25 hingga 27 November ini.

Adakah mereka akan saling berlawan suara membuktikan siapakah yang lebih tinggi note nyanyian? Kalau nak tahu kenalah tonton konsert itu nanti.

Ziana Zain utamakan kerjasama.
Ziana Zain utamakan kerjasama.

Idea penggabungan ini selepas mereka diundang membuat persembahan dalam Anugerah Bintang Popular  Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2011. Sambutan dan keserasian itu membuahkan idea.

“Kami tidak akan berlawan untuk membuktikan nada siapa lebih tinggi. Setiap orang ada kekuatan tersendiri dan pastinya ada penggemar yang tersendiri.

“Pada saya ia lebih kepada kerjasama menjayakan konsert ini secara berkumpulan,” kata Ziana Zain.

Dia sendiri meminati dan kagum dengan Azlan dan Jaclyn dan berharap peminat juga menerima penggabungan mereka di atas satu pentas.

Walaupun nama konsert ini, Konsert High Note, namun Ziana berharap peminat tidak berharap dia akan mengekalkan gaya nyanyian seperti dulu.

“Lagu-lagu popular saya kebanyakannya yang bernada tinggi dan saya rakamkan lebih dua puluh tahun lalu… untuk konsert ini ¬†muziknya akan disesuaikan dengan keadaan sekarang, namun semestinya masih mengekalkan nada tinggi,” kata Ziana lagi.

Konsert ini dianjurkan oleh DME Entertainment dengan kerjasama Segitiga Asia dan CMPAgro. Harga tiket daripada RM142 hingga tiket VIP mencecah RM506. Tiket boleh ditempah di www.ticketpro.com.my.

HIGH NOTE