Ahli sukan MMA Fauzy Fay menjadi tular kerana foto latihan kecergasan yang menampilkannya dengan gaya hangat apabila pakaian sendat yang dikenakan menampakkan bonjolan.

Foto-foto latihan yang dimuatkan dalam laman Instagram dengan akaun bernama nexgencrusher itu mendapat feedback pelbagai daripada pengikut.

Antara foto Fauzy yang mendapat perhatian pengikut.

Rata-rata memuji dan menyukai. Malah ada yang mengatakan jatuh cinta dengannya.

Selain komen pada Intagramnya, ada juga yang memindahkan foto-foto tersebut ke laman lain termasuk ke akaun-akaun tumblr.

Berpuluh-puluh atau mungkin beratus akaun tumblr yang memuat naik foto Fauzy dalam akaun mereka.

Di tumblr captionnya lebih menjurus kepada bonjolan dalam seluarnya. Ada yang menggelarkannya ‘big tool’.

Antara hashtag yang diberikan untuk  foto-foto Fauzy atau gelarannya Captain Falcon Furious Fauz  seperti bulge, bigtool, boxing dan sebagainya.

Rajin berlatih.
Susuk badan Fauzy juga kental.
Berlatih di balapan.

“Lihat foto-foto anda membuatkan saya jadi gila kawan,” itu antara komen yang dilontarkan terhadap foto-fotonya.

“Love you bulge,” komen pengikut lain pada salah satu foto yang menampakkan bonjolan pada seluarnya.

Fauzy kelihatan gemar berswafoto.

Akaun Instagtam Fauzy sememangnya dipenuhi dengan foto aktiviti kecergasan sama ada secara swafoto atau video. Rata-ratanya aksinya semasa berlatih. Ada juga posting pemakanannya untuk menjaga stamina.

Fauzy semacam sedar ada juga yang tidak sukakannya (haters). Namun dia tidak kisah semua itu.

“Pembenci ni semacam kriket, mereka buat banyak bising, kamu akan mendengarnya tapi kamu tak dapat melihatnya. Apabila kamu berjalan mendekati mereka, mereka akan diam,” tulisnya dalam salah satu entri Instagramnya.

Salah satu selfie.

Fauzy sebenarnya berdarah Melayu sebelah  ibunya dan bapanya pula ada darah Samoa. Dia bersama ibu dan adik lelaki menetap serta membesar di London.

Semoga Fauzy semakin berjaya dalam sukan MMA yang diceburi sejak beberapa tahun.