Suatu ketika dahulu, untuk kelihatan  kurus atau langsing, pelakon Kilafairy  sembunyikan lelemak badan dengan memakai korset, berbusana gelap, teknik suntingan atau mungkin bergambar dengan mempraktikkan sudut yang betul.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan juga berdepan fasa sama seperti mereka  yang mengalami naik turun  dalam  berat badan.

Kini tiada lagi gusar berat badan naik mendadak.

Tapi kini tidak lagi, KILAFIT  yang diusahakan sejak September tahun lalu menjadi ‘penyelamat’ kepada dirinya dan juga mereka yang turut berdepan masalah kenaikan berat badan mendadak. 

Rutin harian Kilafairy kini juga sudah berubah kerana sibuk mengendalikan perniagaan apabila produk KILAFIT mendapat sambutan luar jangkaan. Produk kesihatan dan pelangsing badan itu diformulakan oleh doktor bertauliah dengan cetusan idea Kilafairy sendiri.

“Saya sendiri pernah berbadan tembam. Memang ada yang tidak percaya, saya juga pernah berdepan masalah berat badan.

Ibu, Rohana Jalil sentiasa menyokong.

“Masa itu keyakinan diri ada kalanya menurun. Saya percaya ini situasi normal yang ada dalam diri kita, Tambah pula bekerja yang menuntut saya muncul di kaca TV, memang penampilan dan bentuk badan itu saya anggap perlu ‘on point’.

“TV pula contohnya kita tahu akan besarkan lagi saiz sebenar. Bayangkan yang berisi seperti saya… terus bertambah berisi dalam kaca TV. Nak menjalani penggambaran pun jadi macam tak seronok dan rasa ‘insecure’. Semangat nak buat sesuatu itu terus merudum dan seperti biasa orang di sekeliling kita terus pantas menghakimi.

“Keyakinan diri itu perlu ada setiap pada kita. Tapi jika ada sesuatu yang melemahkan segala-galanya kita kena pantas bertindak melakukan perubahan,” katanya.

Akur pasti ada skeptikal yang membandingkan dirinya yang sudah berbadan langsing dan menjual produk seperti KILAFIT,  Kilafairy terbuka dalam hal itu.

“Kebiasaannya orang di luar sana pantas  membuat rumusan sendiri. Saya tahu pasti akan ada yang cakap, kalau sudah kurus kenapa nak menjual produk seperti KILAFIT.  Macam-macam lagilah. 

“Macam biasa akan ada juga yang akan cakap saya guna pengaruh yang ada untuk menjual produk ini semata-mata. Tapi hakikatnya mereka tidak tahu, saya juga bergelut dengan masalah berat badan. 

“Sekarang nak bakar lemak di pusat gimnasium pun sudah jadi terbatas kerana faktor masa. Jadi saya letakkan 100 peratus harapan dan tanggungjawab kepada KILAFIT,” katanya.


Ia mengandungi ekstrak L-Karnitina dan Garcinia yang mampu membakar sel lemak untuk mendapatkan tenaga, mengurangkan paras gula dalam darah, menurunkan kadar kolesterol selain memendekkan masa pemulihan daripada sakit badan dan bisa selepas senaman.

Ia juga ada kolagen untuk kebaikan kulit, mengurangkan selulit selepas penurunan berat badan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku serta memudahkan pergerakan sendi.

Kandungan kurma pula mampu membekalkan serat untuk membantu penghadaman dan penghasilan sel darah merah dalam badan. Manakala buah delima juga membekalkan vitamin dan mineral penting seperti Vitamin B.

Sementara, Kilafairy memaklumkan KILAFIT juga mahu menggalakkan ramai menjana pendapatan sampingan.

“Pada dasarnya, kita akan buka ruang untuk semua orang untuk berniaga bersama KILAFIT. ‘Super Agen’ dan Stokis kami sudah pun berjaya menjana pendapatan lebih daripada RM 5 angka. Tetapi saya sendiri mahu membantu orang ramai yang tidak ada modal dan mahu berjinak jinak dalam dunia perniagaan. Dengan itu kita melancarkan program Agent Tanpa Modal (ATM) ini.

“Kita akan buat progressive tier untuk setiap komisyen jualan dilakukan. Kalau mereka  menjual 10 unit,  mereka akan dapat RM10 komisyen. Tetapi kalau lebih yang dijual sebagai contoh seperti 100 unit sebulan, maka komisyen itu akan ditingkatkan ke RM30 seunit yang dijual. 

“Kalau jual 100 unit, sudah lebih RM3000 keuntungan dapat dijana tanpa sebarang modal. Kalau 1000 unit yang dijual, kita bagi RM 40 komisyen dan bayangkan boleh untung hingga RM40,000 sebulan,” katanya.

“Sesiapa saja boleh memulakan perniagaan dan jana pendapatan sampingan. Begitu juga dengan kalian,” katanya.