Penghibur terkenal Datuk Khatijah Ibrahim menyertai rangkaian pemasaran DJ Moment yang mengeluarkan produk pemakanan kesihatan jenama Navix sebagai Smart Partnership.

Sebagai rakan perniagaan bijak syarikat yang diasaskan oleh Datuk Jahlilawati Abu Bakar itu, beliau bertindak selaku ‘duta’ kepada pemasaran produk tersebut.

“Saya ini tak pandai dalam pemasaran affiliate ni, tapi sebagai rakan perniagaan, saya akan membawa bersama saya Navix ke mana sahaja saya pergi, dan pada masa yang sama memperkenalkannya kepada orang yang saya jumpa. Kira saya bertindak membawa client kepada DJ Momentlah.

Ada perancangan konsert bersama Ramli Sarip.

“Alhamdulillah, baru-baru ini semasa saya ke Brunei, ada beberapa pihak yang berminat untuk menjadi ejen produk Navix di sana,” kata Khatijah semasa di temui pada majlis  reunion santai DJ Moment, Sekalung Budi Tautan Kasih di BisnesJaya Academy, Bandar Kinrara, Puchong baru-baru ini.

Khatijah ialah artis idola Pengasas DJ Moment, Datuk Jahlilawati Abu Bakar dan mereka saling mengenali sekitar tiga tahun lalu.

Saling mempercayai.

“Sebenarnya Datuk Khaty ialah hadiah hari jadi saya. Tiga tahun lalu, seorang kawan saya membawa saya ke Khadijah’s Kitchen untuk membuat kejutan kepada saya dengan membawa saya bertemu idola saya ini.

“Selepas itu kami jadi rapat, mungkin ada chemistry di antara kami,” kata Datuk Jah.

Khatjah pula memberitahu, sebelum Datuk Jah mengeluarkan produk sendiri, dia pernah berkata yang dia sedia menolong apabila produknya dipasarkan.

“Inilah janji saya dan sebagai `duta’ kepada DJ Moment saya juga mendedahkan Datuk Jah kepada media. Tak mustahil suatu hari nanti DJ Moment akan menjadi penaja kepada sebuah program televisyen.

“Malah DJ Moment juga akan terlibat bersama saya menjayakan konsert saya dan Datuk Ramli Sarip sempena ulang tahun ke-30 lagu Doa Buat Kekasih tahun hadapan,” kata Khatijah.

Datuk Jah pula memberitahu dia berminat untuk menaja program yang bercorak keagamaan.

Pada majlis reunion santai itu, Datuk Jah membawa orang-orang penting yang menyumbang kepada kejayaannya mencapai tahap jutawan dalam perniagaan-perniagaan Nerwork Marketing yang disertainya.

Mereka berkongsi pengalaman dengan hadirin yang terdiri daripada usahawan yang pernah bersama-samanya dalam perniagaan lalu. Pada masa yang sama Datuk Jah  memperkenalkan peluang perniagaan bersama DJ Moment.

Apakah khasiat Navix?

Navix ialah makanan tambahan kesihatan untuk melegakan stres yang hadir dalam bentuk serbuk berperisa koko dalam sachet.

“Saya hasilkan menggunakan bahan herba semulajadi tanpa bahan kimia kerana tidak mahu memudaratkan pengguna,” jelas Datuk Jah.

Dalam masa yang sama ia berperanan dalam meningkatkan tenaga zahir dan batin. Bahan asas iaitu Ashwagandha, kunyit hitam dan Maca sering digunakan dalam menghasilkan produk tenaga.

Ashwagandha yang dibawa dari India sememangnya herba tradisional yang digunakan dalam perubatan ayurveda sejak 3,000 tahun lalu dan peranannya menjurus kepada melegakan stres.

Kunyit hitam pula mempunyi unsur antioksidan yang tinggi serta berperanan dalam meningkatkan kualiti sperma.

Maca sememangnya digunakan dalam kebanyakan produk tenaga kerana dikaitkan sebagai memperbaiki fungsi seksual.

“Ramai yang tanya saya, mengapa saya keluarkan pemakanan tenaga batin atau ‘ubat kuat’. Sebenarnya saya tertarik kerana peranannya dalam melegakan stres.

“Pada mulanya saya pun tak faham bila diberitahu pasal pemakanan untuk hilangkan stres kerana saya sendiri bila stres, saya akan tidur atau makan, bukannya cari makanan tambahan.

“Tapi apabila dijelaskan bahayanya seseorang yang berada dalam stres berpanjangan, membuatkan saya terpanggil untuk mengeluarkannya. Lagipun saya fikir belum ada produk sebegini (berkaitan stres) yang dipasarkan.

“Dalam sudut bisnes, saya nanpak peluang pemasaran yang luas kerana semua orang pernah alami stres. Jadi Navix mempunyai ruang pemasaran yang sangat besar,” jelasnya.

DJ Moment juga mengalu-alukan usahawan yang mahu bersama-sama sebagai Ejen, Stokis atau Premium Stokis. Bagi yang berminat boleh layari www.djmoment.com, djmomentofficialhq di Facebook atau @navixdjmoment di Instagram.