Sejak namanya popular lewat aplikasi Smule, Khai Bahar banyak dapat undangan show.

Malah artis senior jugak tidak sesibuk Khai. Bulan lalu tak menang tangan Khai penuhi undangan.

IMG_20160602_3180Menjelang Ramadan yang disambut hari ini, Khai ambil kesempatan bercuti dan berpuasa bersama keluarga di Perlis.

“Alhamdulillah banyak tawaran show… memang penat juga, tapi saya kena penuhi dan seronok bila diterima,” kata Khai.

Pihak syarikat NAR juga memang sudah beri pelepasan untuk Khai bercuti pada awal Ramadan. Mereka juga nampak Khai kepenatan, apatah lagi ada komitmen yang banyak pada hari – hari tertentu.IMG_20160602_12916

Walaupun popular dan ramai peminat, Khai masih merendah diri dan tidak berlagak macam artis popular.

Semasa hadir ke mana-mana acara, dia tak penat melayan peminat yang mahu selfie bersamanya.

Sementara itu Khai akan muncul dengan single solo tidak lama lagi. Dia juga dikhabarkan menarik minat pihak di Indonesia yang mahu memasarkan lagunya.

Sebelum ini berita viralnya di Smule kerana memiliki suara merdu turut mendapat liputan TV Indonesia. Apatah lagi salah sebuah lagu yang jadi viral ialah Ku Tak Akan Bersuara yang dipopularkan oleh Nike Ardilla.