Kesusahan hidup yang dilalui sejak kecil hingga remaja menjadi inisiatif Nizam Laksamana beramal.

Caranya mengusahakan konsert amal dalam usaha membantu insan seni yang memerlukan bantuan.

Terkini dia baharu selesai dengan Konsert Amal Artis Legenda 90an 2.0 yang menampilkan lapan artis lelaki.

Nizam

Ia menggabungkan Ali XPDC, Sham Visa, Amer Ukays, Gmie Screen, Zarul Umbrella, Ameng Spring, Nizam sendiri dengan Khai Bahar sebagai artis undangan.

“Saya orang kampung sejak kecil dibesarkan di kampung. Jiwa kampung saya tinggi.

Sham Visa

“Ibu dan bapa saya berpisah dan punya keluarga sendiri. Saya dibesarkan oleh nenek di kampung. Sehingga dewasa saya buat macam macam kerja,” katanya.

Sebab itulah kalau dengar ada artis yang kesempitan dia terasa dan ingat kisah kisah lalu.

Persembahan imbau kenangan

Pada persembahan itu kesemua artis nyanyikan lagu popular masing masing seperti, Dalam Gerimis dan Untukmu Selamanya dari Visa, Rythm Si Jantung Hati dan Disana Menanti Di Sini Menunggu dari Amer.

Turut imbau kenangan Zarul dengan lagu Umbrella, Ramalanku Benar Belaka, Ameng dengan Bourganvilla serta Ali dengan lagu zaman Terra Rossa, Gering.

Gmie dengan lagu Jika Tak Suka Tak Apa dan Khai dengan lagu nostalgia Andai Dapat Kuundur Masa. Nizam pula pilih lagu tribute kapada BPR.

Ternyata peminat terhibur dengan persembahan mereka. Mereka tak berganjak sejak awal hingga persembahan tamat.

Kelihatan kelibat Datuk Jamal Abdillah, Rahmad Mega dan Keena Mentor antara yang menonton.