Kesian pelakon Izreen Azminda yang terus dikecam setelah menjadi isteri kedua kepada pemuzik Ude Wahid. Kecaman hebat yang diterima netizen membuatkan pasangan itu terpaksa menutup akaun Instagram masing-masing.

Kecaman semakin hebat selepas Ude membuat permohonan bercerai dengan isteri pertama minggu lalu. Walaupun ia urusan Ude dan Intan Liana, namun nama Izreen juga turut terpalit dan menjadi medan netizen melemparkan kata-kata yang tidak baik.

Izreen terus jadi mangsa cercaan.

Netizen sekarang ini pun satu hal jugak. Suka sangat melemparkan kata-kata yang kurang manis apabila ada perlakuan seseorang yang tidak menyenangkan hati mereka. Padahal poligami bukanlah satu kesalahan.

Izreen dilihat sebagai membuat satu kesalahan besar apabila sanggup menjadi isteri kedua.

Sejak cerita Izreen jadi isteri kedua tersebar, sehingga ke hari ini nama Izreen dikecam.

Malah ada juga yang menulis mahu memboikot drama lakonan serta produk yang menampilkan wajahnya sebagai duta.

Satu produk yang menggunakan Izreen sebagai duta juga tidak menyambung kontrak apabila nama Izreen sering jadi cercaan netizen. Namun Izreen masih menerima tawaran berlakon waalupun semasa namanya menjadi kontroversi.