Dulu pelakon Fattah Amin digelar pelakon kayu bila penampilan sebagai watak utama tak menjadi.

Foto daripada IG Hafidz
Foto daripada IG Hafidz

Maklumlah pada masa tu baru jer mula berlakon. Sekarang giliran hero Aku Pilih Kamu, Hafidz Roshdi pula dapat gelaran sama.

Lebih malang bila penulis pojok gosip akhbar mingguan, bahagian hiburan hari ini mendedahkan dia membuatkan pengarah pening.

Kononnya adegan yang senangpun kena diulang ulang. Ia membuatkan pengarah kena beri tumpuan kepadanya.

Malah pasangan pelakon, Dayana Roza juga jadi tertekan kerana Hafidz tak memberi semasa digandingkan.

Banyak yang negatif diperkatakan pasal hero baru itu. Tapi Gondang Laser tengok drama di TV3 itu ada pengikutnya juga.

Berpasangan dengan Dayana Roza
Berpasangan dengan Dayana Roza

Ada juga yang puji lakonannya. Yalah tayangan di TV tu setelah jalani banyak proses suntingan.

Nampaknya bertimpa timpa cerita negatif pelakon baru ni. Baru baru ini masalah pasal temujanji media.

Gondang harap Hafidz tak mudah melenting dengan gosip sebegini sebaliknya, jadikanlah sebagai panduan.

Kalau begitulah kejadian di lokasi, Hafidz kena perbaiki kelemahan. Jangan malu nak bertanya kepada yang lebih senior.

Semua orang pun ada buat silap. Kalau tak mahu perbaiki dan puas hati dengan apa yang dibuat, payahlah nak maju.

Gondang Laser: Sentiasa berusaha perbaiki kelemahan diri.