Pada 26 hingga 28 Februari ini, satu karnival yang dijangka meriah bakal berlangsung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

IMG_20160216_12337Karnival Sehati Sejiwa DUN Pilah 2016 akan diadakan sepanjang tiga hari itu di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti jualan produk, bengkel kecantikan, masakan, solekan dan sebagainya.

Yang tidak kurang menarik ialah pesta makanan Negeri Sembilan juga akan diadakan.

Pelbagai program berkait golongan belia juga akan diadakan untuk menarik golongan muda mengunjunginya.

Artis terkenal tanah air juga akan mengadakan persembahan dalam konsert istimewa dalam karnival itu nanti.

Antara yang terpilih ialah Azharina, Farawahida, Zaiton Sameon, Salma, Lan Kristal, Q4, Shahrul AF dan ramai lagi.

YB Datuk Norhayati Omar, yang juga ADUN Pilah bertindak selaku Pengerusi Karnival. Karnival dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

Ia mendapat kerjasama Rakan Muda, Kementerian Belia Dan Sukan serta D Four Entertainment.

IMG_20160216_29150