Pementasan Gemilang Tanah Permata yang menampilkan ghazal dan zapin Johor sedang dipentaskan di Istana Budaya.

Pementasan berakhir Ahad ini, 7 Februari. Ia dibawakan oleh Muafakat Johor, Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Istana Budaya.

Ia memaparkan peristiwa dan rona negeri Johor yang bangkit sebagai sebuah negeri yang melakar sejarah gemilang tersendiri.

Rentetan sejarah disusun dengan sajian keindahan tari zapin dan kemerduan irama ghazal. Ia membariskan Syura, Ayai Ilusi, Zarina Zainoordin, Haziq dan ramai lagi.

Ia dimula dengan segmen penghijrahan masyarakat petani dan nelayan di Teluk Belanga. Lagu dalam segmen ini antaranya Seri Sedili, Seri Mersing, Empat Dara dan lain lain.

Selepas itu persembahan menggambarkan pula kemuafakatan masyarakat yang menjadi teras kehidupan masyarakat.

Lagu lagunya pula Awal Bismillah, Abang Salleh, Zapin Permata, Yayadan dan Hari Ribut.

Lagu-lagu dalam segmen susulan ialah Pusaka Bangsa, Tualang Tiga, Bukit Kepong, Cenderawasih dan lain lain.

Ia sebagai gambaran jati diri Johor. Sebab itulah lagu sorak pasukan JDT juga antara yang dipersembahkan.IMG_20160206_27327Segmen terakhir pula membawa gambaran pembangunan dan kemajuan Johor. Lagu-lagunya pula antaranya Gemilang Negeri, Aladom, Penawar Rindu, Si Cantik Manis dan lain lain.

Bagi yang belum menonton, boleh mendapat tiket di Istana Budaya. Orang Johor patut menontonnya.