Kelab Rekreasi Utusan Karya Sdn Bhd mengambil kesempatan meraikan anak-anak Yatim dari Sungai Kantan, Kajang bersempena ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak. Majlis itu didahului dengan tahlil dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Imam Muda Asyraf serta para jemputan.

Majlis yang cukup sederhana itu menyediakan juadah tengahari yang sungguh enak sekali, diantaranya Nasi Arab, Kambing Panggang, Bubur Lambuk, kueh-mueh dan bermacam-macam lagi.

utusan karya

Inilah bulan yang dinanti-nantikan oleh kita semua, pastinya umat Islam mengharapkan ganjaran pahala yang luar biasa daripada Allah.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, minda yang sihat oleh Allah serta segunung kekuatan untuk mengharungi dugaan dibulan Ramadan dan bersama-samalah kita merebut tawaran dibulan yang mulia ini dimana ia tidak akan diperoleh pada bulan-bulan lain.

Gondang ingin merakamkan salam Ramadan buat semua Umat Islam, Inilah masanya juga untuk kita mempraktikkan budaya iftar dan bersedekah serta bertukar-tukar juadah berbuka sesama jiran. Salam Ramadan dan semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke Jannah.