Hebat betul kisah cinta seorang pelakon lelaki popular ni dengan buah hati usahawan muda yang sedang naik dengan perniagaan tu.

Alkisahnya, mereka semakin hari semakin intim. Si kekasih pulak kalau boleh setiap masa nak bertemu melepas rindu dendam. Pelakon itu pulak kalau si buah hati mesej atau call cakap rindu, terus usahakan untuk luangkan masa berjumpa.

Yang hotnya, si buah hati kaya itu sanggup menghantar driver menjemput pelakon itu datang ke rumahnya untuk ubati kesunyian pada waktu malam. Buat apa tu? Manalah Gondang Laser tahu sebab belum pasang teropong lagi.

Kalau dah rindu-rinduan macam tu baiklah awak cepat cepat kahwin. Pelakon tu sah sahlah bujang dan kekasihnya juga belum ada pasangan. Takut nanti dah habis sepah si pelakon tu, kekasih buang pulak. Eh! orang lelaki boleh jadi sepah jugak ke?

Gondang Laser: Banyaknya cerita panas dunia artis hari ini. Macam macam ada.