Pendatang baru di bidang lakonan Afifah Nasir ternyata mempunyai kejelitaan asli yang tiada tolok bandingnya. Adik kepada pelakon terkenal Anzalna Nasir ini telah pun membintangi beberapa buah drama tv. Ternyata begitu mudah laluan buat Afifah Nasir yang mempunyai wajah komersial dan cun melecun itu.

Gambar diambil dari IG Afifah
Gambar diambil dari IG Afifah

Dikhabarkan Afifah juga cukup diminati oleh pelukis-pelukis cat air Malaysia, terutamanya pelukis cat air nombor satu Malaysia iaitu Abey Zoul. Abey Zoul cukup meminati Afifah dan sering memuat naik turun gambar Afifah di grup wassap pelukis. Abey Zoul mengharapkan suatu hari nanti Afifah sudi bekerjasama untuk dipotretkan wajahnya dan menjadi model kepada pelukis-pelukis cat air.
Tapi jangan disalah ertikan ya!….kerana masing-masing sudah pun berpunya. Sekadar meminati, tapi bukan untuk memilikinya.

Afifah memiliki ijazah sarjana muda di bidang psikologi dan komunikasi di salah sebuah universiti di Australia. Selain berlakon Afifah juga meminati bidang nyanyian. Semoga Afifah terus maju dibidang yang diceburinya.

Gambar diambil dari IG Afifah
Gambar diambil dari IG Afifah