Ekoran status laman Instagram yang berbunyi positif pasal `petunjuk dan hidayahNya’ Fasha Sandha dan bekas suami Jejai, ramai yang salah anggap mengandaikan mereka bakal rujuk. Ekorannya banyak komen positif yang diterima.

Fasha kemudian memuat naik status baharu menafikannya. Dia sebaliknya mencerahkan bahawa petunjuk dan hidayah yang dimaksudkannya ialah mereka berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes termasuk hak penjagaan anak.

“Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial saya hari ini berkenaan saya dan Rizal. Ingin saya nyatakan di sini, saya dan Rizal tidak RUJUK,” tulis Fasha di IGnya hari ini.