Komposer terkenal Johan Nawawi, suami kepada penyanyi Nora meninggal dunia pagi ini.

Johan,52, dibawa ke pusat perubatan di Subang Jaya kerana kurang sihat dan meninggal dunia sekitar 6.30 pagi.

Menurut anaknya Shakir Arif, arwah dikatakan dapat serangan jantung. Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Tunku untuk di sembahyangkan dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.