Pelakon Johan As’ari dikecam pengikut laman sosial selepas memuatnaik status meminta rumah Perdana Menteri disiasat untuk mencari duit.¬†

Status itu dilihat sebagai menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang kini sedang disiasat berkait kes penyelewengan wang melibatkan 1MDB.

Siasatan tersebut antara lain melibatkan rampasan 72 luggage yang di dalamnya ada duit pelbagai matawang berjumlah ratusan juta ringgit.

Status berbunyi “Cuba¬† check rumah Tun mesti banyak juga duit” itu mendapat respons pelbagai dengan kebanyakan menghentam dia balik.

Ada yang mahukan Johan membuat pemeriksaan otak sebab takut takut semasa menulis status itu otaknya tidak berfungsi dengan baik.

Ada juga minta Johan duduk diam dan kembali mengaji agama. Ada yang mengaku hilang rasa hormat terhadapnya.

Ada juga yang mempersoalkan, sebagus manakah lakonannya serta ada yang menelah dia sengaja mahu menghangatkan namanya yang kini semakin dingin dan dilupakan.