Seniman Negara Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin meninggal dunia petang semalam kerana tercekik makanan.
Anaknya Putera Hang Jebat berkata, Allahyarham mengadu sesak nafas ketika sedang menikmati makanan di rumah mereka di Hulu Klang dan kemudian dibawa ke Klinik di Taman Melawati oleh ibunya, Puan Sri Halijah Abdullah.
 Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di klinik tersebut. Kesihatan Jins, 82, semakin merosot sejak beberapa tahun lalu akibat penyakit Alzheimer.
Jenazah Jins atau nama sebenarnya Mohamed Jins Shamsuddin dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Hulu Klang dekat Masjid Al-Ridhuan, kira-kira pukul 11 pagi ini.