Selepas masuk minggu ke 33 mengandung baharulah pelakon dan pengacara Jihan Muse nak mula buat persiapan bersalin. Dia tidak tergesa-gesa kerana tak tahu jantina anak yang dikandungnya.

Apabila pengacara Gegar Vaganza itu dimaklumkan anak dalam kandungannya lelaki, baharulah dia dan suami, pelakon Ku Hariz nak mula beli kelengkapan bayi. Jangan bersalin atas pentas GV sudahlah ya.