Ingat lagi tak pada pelakon kanak-kanak comel dalam filem Kabhi Kushi Kabhie Gham? Wataknya sebagai Krish, anak Shah Rukh Khan dan Kajol.

Jibraan Khan nama kanak kanak itu. Sekarang dah dewasa. Umurnya dah masuk 23 tahun dan dah jadi sado. 

Mungkin ada yang anggap masa depannya cerah sebab sudah mendampingi nama besar seperti Datuk Shah Rukh Khan, Kajol, Karan Johar dan ramai lagi.

Namun nampaknya sehingga kini Jibraan masih belum dapat perhatian untuk membuat kemunculan pertama sebagai pelakon utama.

Dia strugggle untuk dapat tawaran berlakon di Bollywood setelah dewasa. Pasal apa pulak ya. Padahal kalau tengok wajah dan penampilannya, ada nilai komersil.

Jibraan sado sekarang

Malah Jibraan juga pernah berjumpa dengan Karan untuk bertanyakan tawaran berlakon. Namun jawapannya hampa apabila wajahnya dikatakan belum nampak matang untuk jadi hero walaupun dah berusia 23 tahun.

Dia aktif ke gim, mixed martial arts dan juga menjadi tenaga pengajar di kolej tarian Shiamak Daver Institute yang mana dia sendiri pernah masuk kelas tarian di situ. Institut itu diuruskan oleh bapanya, pelakon Arjun Feroz Khan.