Jelajah Hijabi Mestika KL hangat

Siri jelajah keempat Pencarian Cover Girl Hijab Fesyen – Anugerah Hijabi Mestika (AHM) 2017/2018 sedang berlangsung di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur hari ini.

Sesi terakhir ini melengkapkan siri jelajah pencarian covergirl majalah HijabFesyen.

Sebelum ini krew sudah ke Sungai Petani, Kuantan dan Johor Bahru.

Salah seorang peserta.

“AHM yang sudah memasuki musim ketiga ini adalah acara tradisi bagi mencari wajah penghias kulit majalah Hijab Fesyen terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd (UKSB).

Krew menikmati juadah di Nice Place Cafe

“Orang ramai yang ingin melihat aktiviti AHM secara lansung boleh mengikutinya di laman sosial Instagram @hijabfesyen_magz dan Facebook Hijab Fesyen,” kata penyelaras sesi jelajah Nur Aishah Ismail.

Nice Place Cafe turut menjadi penaja pencarian hari ini. Cafe di tingkat 1 itu menyediakan juadah barat dan tempatan.

Sebahagian peserta menunggu giliran naik pentas.

Sesi hari ini mendapat sambutan hangat dan menerima penyertaan yang memberangsangkan.

Kali ini tiga juri yang dipertanggungjawabkan ialah jurusolek Tiar Zainal, Nur Aishah dan Azura Mazarudin dari Azura Couture.

 

 

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This