Nama Jamilul Hayat pernah mekar pertengahan tahun 80-an selepas menyertai pertandingan Bintang RTM. Namun nama adik kepada Datuk Jamal Abdillah itu dah lama menyepi.

Malah ada yang menganggap dia sudah meninggal dunia. Ada yang salah sangka dengan adiknya, Kamal Abdillah yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Pernah disangka meninggal dunia kerana lama menyepi.
Pernah disangka meninggal dunia kerana lama menyepi.

“Kebetulan saya juga pernah terlibat dalam kemalangan dan di rawat di ICU. Selepas kemalangan itu saya pula terus senyap dan tak muncul dalam media dan persembahan terbuka.

“Mungkin sebab itu ada yang salah anggap yang saya sudah meninggal dunia. Saya sekarang ini tinggal di Ipoh dan masih lagi mengadakan persembahan di sana,” kata Hayat semasa ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia menjalankan perniagaan kecil-kecilan di sana untuk menyara keluarga. Sebenarnya anak-anaknya pun baharu tahu yang bapa mereka pernah jadi penyanyi suatu masa lalu.

“Anak-anak saya juga menggalakkan saya kembali aktif menyanyi. Sebab itulah sekarang ini baharu saya sedia muncul mengadakan persembahan terbuka setelah lebih 20 tahun menyepi,” katanya.

Sementara itu, Jamilul Hayat diundang oleh abangnya, Jamal Abdillah sebagai artis undangan dalam Konsert 3 Suara di Istana Budaya pada 22-25 September ini. Konsert itu turut menggandingkan Jamal dengan Zamani Slam dan Ameng Spring.

Jamilul Hayat mahu aktif kembali.
Jamilul Hayat mahu aktif kembali.

“Saya harap kemunculan saya dalam konsert ini nanti akan mengembalikan ingatan peminat terhadap saya,” kata Hayat yang popular dengan lagu Gelora Cinta itu.

Hayat anggap peluang itu sebagai satu peluang keemasan kerana sekian lama dia idamkan mengadakan konsert sepentas dengan abangnya.

Tiket konsert boleh dibeli di www.ilassotickets.com. Untuk pertanyaan boleh hubungi 03- 2170 6333. Tiket berharga RM108 hingga RM458.