Pelakon Jalil Hamid pernah ditawarkan RM1,500 untuk muncul dalam sebuah drama televisyen. Selain menolaknya, dia juga memberitahu media pasal tawaran itu dan ia mendapat perhatian banyak pihak.

Akibatnya selepas itu Jalil tidak lagi menerima tawaran berlakon. Dia sedar kemungkinan itu dan bersedia menerimanya kerana dia bukan bercakap bagi pihak dirinya sebaliknya mewakili pelakon veteran lain yang tak berani bersuara. Adakah Jalil kini digam oleh pengarah drama?