Pelakon Izara Aishah memohon maaf kepada keluarga, peminat dan semua orang yang terguris dengan penyebaran video menampilkan dirinya berpakaian menampakkan sebahagian buah dada dalam satu majlis peragaan fesyen.

“Itu video lama bukannya pada majlis ABPBH baru-baru ini. Walaupun malu dengan kejadian itu, saya ambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kecuaian saya dan memohon maaf terhadap sesiapa yang terguris,” kata Izara dalam laman sosial Twitter hari ini. Sementara itu, Izara akan muncul dengan filem terbaharu Balun.