Setelah kecoh kononnya mereka sudah bernikah diam-diam malam tadi, pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura yang kini sedang mengerjakan umrah, akan merungkaikannya pada 23 November ini.

Dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini, pasangan itu memohon maaf serta memohon doa daripada rakan wartawan dan peminat semoga urusan umrah mereka yang turut disertai keluarga kedua-dua pihak serta pihak pengurusan  berjalan lancar. Mereka bertolak tengah hari tadi.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan Insya-Allah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur,” kata mereka menerusi kenyataan media.