Isteri pemuzik Ude yang dikhabarkan sudah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda, Intan rela dimadukan.

Walaupun pada mulanya perit dan tak menerima, namun setelah berbincang dengan suami, dia akhirnya redha.

Intan dan Ayda.

” Saya redha dan sedia menerimanya (Izreen), tak tahulah dia macam mana,” kata Intan.

Intan tenang diserbu wartawan.

Intan ditemui oleh wartawan hiburan Utusan, Ayda Kamaruddin dan temubual itu disiarkan secara langsung di laman facebook Utusan hari ini.

Dalam temubual itu, Ayda juga turut bercakap dengan Ude, namun Ude nggan menggunakan aplikasi loud speaker.

Ude difahamkan enggan memberi komen sebaliknya memberitahu akan mendedahkannya tak lama lagi.

Intan yang memiliki dua anak itu juga berkata dia mengetahui pasal suaminya dan Izreen berkahwin sekitar dua minggu lalu.

Izreen sudah mengajak rakan rakan rapat untuk hadir ke majlis doa selamat minggu depan. Majlis tersebut dijangka doa selamat sebab sudah selamat bernikah untuk kali kedua.

Dalam laman komen video live tersebut, ramai yang menghentam Izreen mengatakan dia perampas suami orang.