Penyanyi Intan Sarafina yang mendapat tempat kelima dalam Gegar Vaganza 3 berazam tidak mahu menoleh ke belakang dan akan kembali fokus kepada kerjaya nyanyian selepas ini.

“Inilah masa yang sesuai untuk Intan kembali dan Intan tak mahu sia-siakan peluang yang terbuka selepas tamat Gegar Vaganza,” kata Intan Sarafina.