Iman Muda Asyraf kini aktif perniagaan. Dia berniaga pakaian dengan jubah menjadi jualan utama di bawah jenama Aisy Asyraf. Pasal apa agaknya dia berniaga?

Kata Asyraf salah satu sebab dia berniaga ialah mahu mencari wang bagi menampung kelas agama yang dibimbingnya. Kedai juga dijadikan tempat belajar ilmu agama. Hasil jualan itu boleh digunakan menampung keperluan itu.