Saya sempat sempat berborak dengan Idris khan semasa dilokasi penggambaran telemovie tv9 “Pujaan Malaya” arahan pengarah terkenal Shuhaimi Lua Abdullah, Idris menegaskan tidak terkilan meskipun baru setahun aktif dibidang lakonan. Sebenarnya Idris telah lama berada di dalam industri seni iaitu di bidang peragaan, bermulanya dengan Hero Remaja 2008, namun ketika itu hatinya belum terbuka untuk berlakon meskipun banyak tawaran yang datang, tak minat katanya!

idris khan

Walaupun baru setahun menceburi bidang lakonan ternyata ianya masih berbaloi kerana tawaran berlakon tidak pernah putus lantaran meletakkan nama Idris Khan sebaris dengan pelakon pelakon lelaki hebat buat masa kini.

Idris Khan juga masih aktif sebagai seorang peragawan dan beliau bersungguh sungguh untuk memperbaiki mutu lakonannya dan matlamat utama Idris Khan menceburi bidang lakonan adalah untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya dan dikenali ramai.