Hos baharu yang mengendalikan program masakan Sneaker Merah Jambu di TV1, Amira Aman dikecam netizen kerana tak tahu apa itu istilah kepala santan semasa belajar masakan Kelantan dalam salah satu episod program itu.

“Rancangan travel & makan & masak “Sneaker Merah Jambu” TV1 – dua orang hos perempuan mengembara sambil naik skuter merah & berselfie sepanjang jalan sambil memandu skuter : berhenti belajar masak dengan pakar masak tempatan di Tumpat, Kelantan dan bertanya : “Ini apa ni cikgu?” ¬†Cikgu tu pun jawab : “Ini kepala santan.” ¬†Lalu perempuan tu tanya balik :”Kepala santan tu apa cikgu?” (kalau aku jadi cikgu tu, aku akan ambik batu lesung dan hempok kepala hos perempuan tu!)” tulis seoarang pengguna Facebook.

Postingnya mendapat komen yang rata-ratanya mempertikaikan hos yang tak ada pengetahuan, tapi jadi pilihan penerbit.